Sunday, August 27, 2006

"Apabila Aku hadapkan kepada salah seorang dari hambaKU, suatu musibah pada tubuhnya atau hartanya, atau anaknya, kemudian ia terima yang demikian itu dengan perasaan sabar, nescaya Aku malu kepadanya pada hari kiamat" Hadith Qudsi
Makhluk akan mengingati Pencipta takala dirinya didepankan dengan dugaan, kesakitan dan perkara yang memberatkan dirinya. Namun bila kita redha dgn ketentuan Allah, Allah akan redha dengan kita. Betapa kasihnya Allah memberikan kita musibah agar insan mengingatiNya, tak dibiarkan kita terus terleka dalam diri sendiri, ujian yg diterima juga adalh kifarah dosa2 yg dilakukan sama ada disedari atau tidak.. gugurnya dosa2 kecil selagimana tidak mlakukan dosa2 besar.
posted by alQuswa @ 2:00 PM   0 comments


Warkah dari seberang
Nafas kering manyakitkan rengkung,
Rengkung yang selama ini menahan sebak,
Pilu menyaksikan abu kedaulatan dilumat hancur,
Seperti hancurnya hati ini,
Melihatkan bumi disirami darah pekat,
Darah perjuangan hakikat murni.

Apakan daya kuasa sekelumit rasa,
Jika dibandingkan dengan kekejaman seluas alam mega,
Apakan daya tangisan yang membanjiri tanah Timur ini,
Andai bedilan peluru, menerjah badan yang suci tidak berdosa,
Apakan daya laungan keramat,
Dunia punah hancur binasa.
Saudaraku,
Perjuanganku tidak akan mati,
Tidak akan terkubur walau badanku bercerai, jiwaku direntap sakaratulmaut,
Harapanku, teruskanlah berjuang demi agama Allah yang tercinta,
Perjuanganku tak mampu berdiri,
Tanpa ummah yang bersatu hati,
Peganglah panji kalimah syahadah,
Memandu ummah keharmonian sejagat.

Carikanlah kami embun rahmat,
Membasahi rengkung yang kering,
Tiupkanlah kami pawana putih,
Mendamaikan getir yang merunsing,
Kami meniti tangan-tangan saudara,
Untuk membasuh semua luka.
http://www.dakwah.info/v2/?p=191
posted by alQuswa @ 12:52 PM   0 comments
Saturday, August 12, 2006
Bukan puisi dapat ku nukil buatmu
atau warkah dapat ku layah padamu
isi kalbu ku sedalam lautan biru...
setinggi gunung menyapa mega...
lisan ku mati lantaran kelu...
benar, zaman berlari dihambat waktu
tetapi, manhaj inikan kekal satu..
denai ke syurgakan tetap satu
dan di akhir persimpangan itu,
kitakan bubar ke destinasi sendiri
tidakku tahu destinasi kau dan aku..
ke neraka yang menyiksa sang lalai derhaka?
Atau ke syurga merehatkan si kuat kerja?
kau pilihlah sendiri-kerna
kau adalah kau

dan aku tetap aku..

Di medan ini kita ditarbiyyah, adakalanya jalannya dipenuhi dgn pelbagai fitnah lantaran maksiat merajai hati. Lapangan yang kita berada ini tidak menjanjikan situasi yg lebih baik di akirat jika didada ini penuh dgn perkara yg sia2..na uzubullah....
kita di sini mencari jalan Allah, jalan yg membawa keredhaanNya, namun ada yg tercicir, ada yg tertewas. Kita ingin menyandang gelaran nasrullah ataupun junduLlah dan Allah adalah matlamat utama, mati dibawah naungan syahid, tapi.... masih menyintai dunia, bersekutu dengannya...
Dunia akan menghambat org yg mencarinya, lalu jatuhlah ia ke dlm lorong kegelapan yg tak berpenghujung melainkan ada sinar hudaLlah..

jika salah seorg terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya,
ianya akan menghijab dirinya dari kebenaran.
hatinya dibiarkan angguk pd kesesatan,
Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya...
akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya..
sebab hatinya dah gelap, tak nampak lagi cahaya Allah..
sebagai balasan Allah membiarkanya terus dalam kesesatan dgn tidak memancarkan hidayahNya ke hati2 mereka..... Na uzubillah....

Ya Allah jauhkanlah kami dari kelalaian... Ya Allah jauhkanlah kami dari kelalaian...

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna;
saya telah katakan dan masih mengatakan dlm setiap muhasabah, sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, bukan juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh2 terhadap kamu. walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar2nya dan hilang setiap perkara yang menyumbangkan kpd kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu; apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat. Adapun sekiranya kamu masih bersikap seperti hati seorang lelaki yang mengarah kpd Allah Tabaraka wa Ta’ala, mengambil untuk jalan ketaatan terhadapnya semua yang diredhai oleh Allah, maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesungguhnya kamulah yg tinggi serta Allah besama kamu- Allah subhanahu wa ta’ala sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan kamu...
posted by alQuswa @ 1:48 PM   0 comments
Sunday, August 06, 2006
"seketika cuma"
Seorang hamba yang keletihan mendekati sepohon pokok, lalu dibisiknya "aku penat wahai pokok, izinkan aku bersandar padamu seketika''. Dipandangnya dedaun kayu yang bergoyang kuat, seolah - olah menyatakan ''silakan wahai hamba Allah, aku diciptakan untukmu, untuk berbakti pada insan''. subhanallah.....
Sejurus angin lalu, menyegarkan kekuatan yang semakin lemah...membangkitkan rasa hati untuk meninggikan Allah...
Allah...Allah...Allah....Segala Puji hanya untukMu Ya Allah...
posted by alQuswa @ 7:33 PM   0 comments
Friday, August 04, 2006
"Ihfazhi LlahaYahfazhkum".....
"ketika kita takut kpd Allah, maka bangsa2, org2 yg jahat dan para penentang agama Allah akan takut kpd kita. Namun ketika kita tidak takut kpd Allah, maka Allah menjadikan kita takut kpd mereka"....

Beberapa hari yang lalu PM mengeluarkan kenyataan utk mendakwa sesiapa sahaja yg menyebarkan 'fitnah' terutamanya melalui internet....
Memang dia berhak berkata demikian, namun ada yg dikatakan 'fitnah' tu betul...
kalau akhbar dh disekat, internet pun nk disekat....
Di manakan ruang utk menyatakan kebenaran????
Betul kata sahabat ana, nak sekat benda yg baik, sekat dulu perkara maksiat yg berlaku.-
posted by alQuswa @ 7:35 PM   0 comments
Thursday, August 03, 2006

Al-Jihadusabiiluuna.....

Al-MautuFiSabilillah...asma 'amalina

posted by alQuswa @ 7:01 PM   0 comments

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1