Sunday, July 30, 2006
BATU TERLEPAS DARI NERAKA
Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. Beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata-kata. "Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.
Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku mengangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gembira!!"

Moral
  • batu yg kecil sentiasa menangis kerana takutkan azab neraka. Bagaimanakah dengan kita?? Sentiasa bergelak ketawa?.... jika kita tahu bagaimana rasa azab Allah nescaya kita akan banyak menangis berbanding ketawa.

posted by alQuswa @ 7:28 PM   0 comments
Saturday, July 22, 2006
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika
arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allahu Akbar!!!Saudaramu,Khalil Ismail al-HayaKetua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,Kuala Lumpur,14 Mei 2006.
www.pmi-upm.blogspot.com
posted by alQuswa @ 2:42 PM   0 comments
Tuesday, July 18, 2006
kembali....

Tsunami melanda Pulau Jawa
Tiga gempa bumi sebabkan ombak besar setinggi 5 meter ragut 86 nyawa.
Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dalam tsunami di Pantai Pangandaran, selatan Pulau Jawa berikutan tiga gempa bumi kuat di dasar Lautan Hindi, petang semalam, yang kedua selepas tragedi 26 Disember 2004.

Beribu-ribu penduduk dilaporkan bertempiaran lari diri ke kawasan lebih tinggi dan ada yang memanjat pokok atau berlindung dalam masjid sambil melakukan solat hajat memohon keselamatan.

Bumi kepulauan jawa kembali digegarkan dengan ombak besar, tsunami, tragedi ini mengingatkan kembali Tsunami pada akhir 2004.... Sememangnya pulau ini berada dalam lingkungan gunung berapi, numun setiap kejadian yg ditakdirkan Allah ada asbabnya. Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa asbab tertentu. segala yg ada di sana telah bercampur baur, agama, kekurafatan, masjid, church, kuil di satu tempat... islam liberal yg dianuti...
Bagaiman pula dengan Malaysia? yg seolah2 ingin mengikuti jejak langkah kesamaan agama ini?
posted by alQuswa @ 7:41 PM   0 comments
Beirut

Terbaru serangan Israel ke atas Beirut. Peperangan yang tidak pernah berhenti, malah semakin merebak.....






seorang kanak2 yang tidak pernah membuat onar, harus menerima derita akibat kedegilan yahudi.











Sebuah kereta bomba masih cuba memadamkan kebakaran..walaupun nampak mustahil........
posted by alQuswa @ 6:20 PM   0 comments
Monday, July 17, 2006
*****
Buat diriku yang lupa
Apabila berjumpa kanak-kanak
anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita,
kerana mereka belum dibebani dosa
Apabila berjumpa orangtua,
anggaplah mereka lebih mulia
daripada kita,
kerana mereka lebih lama beribadah
daripada kita.
Apabila berhadapan dengan orang 'alim,
anggaplah mereka lebih mulia
kerana banyak ilmu.
Apabila melihat orang jahil
anggaplah mereka lebih mulia
kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan
sedangkan kita berbuat dosa
dalam keadaan mengetahuinya.
Apabila berjumpa orang jahat,
jangan anggap kita mulia,
katakan, mungkin mereka akan
bertaubat pada masa tuanya
kita belum tahu akhirnya.
Berbaik sangka-Imam Al-Ghazali...
******
posted by alQuswa @ 1:13 PM   0 comments
Sunday, July 16, 2006

Tak de apa2 pun

Sahabat-sahabat..
kadang-kadang Allah
hilangkan matahari..
didatangkan petir dan kilat
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya mentari itu,
Tapi rupanya
Allah ingin
gantikan dengan Pelangi...
posted by alQuswa @ 2:32 PM   0 comments
Jalan hidup

Motivasi dari Allah yg
bisa menyuburkan kalbumu..
menguatkan insan,
meneguhkan akal,
menguatkan rohani,
menebalkan imanmu
walau apa pun yg diberiNya,
berlaku atas kehendakNya
meskipun kau rasakan
kuat krn makhluk,
natijahnya ia adalah dr Allah
disandarkan kpd makhluk
be myself....
posted by alQuswa @ 1:46 PM   0 comments
Friday, July 14, 2006
larangan pakai serban x perlu disensasi????
Larangan pakai serban tak perlu disensasi
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan mewakili profesion keguruan, ibu bapa dan pelajar meminta semua pihak akur terhadap larangan memakai serban di sekolah kerana ia sudah menjadi peraturan yang mesti dipatuhi.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata peraturan itu sepatutnya tidak dijadikan isu kerana sekolah membuat peraturan berdasarkan garis panduan dan pekeliling kementerian.“Apa yang penting, peraturan itu tidak menyalahi agama. Sekolah tentu tidak akan membuat larangan itu jika ia diwajibkan agama dan kebenaran pelajar perempuan Islam memakai tudung ke sekolah adalah bukti perkara itu.“Bagi saya, kita perlu lihat bukan pada bentuk tetapi pengisiannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang memutuskan, peraturan sekolah melarang pelajar Islam memakai serban, tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama.Keputusan itu merujuk kes rayuan Meor Atiqulrahman Ishak serta dua beradik Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, memohon pengisytiharan bahawa penyingkiran mereka dari Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan, atas alasan memakai serban sembilan tahun lalu, tidak sah dan batal.Mohd Ali berkata, tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi peringatan semula kepada pelajar dan ibu bapa supaya mematuhi garis panduan serta peraturan termasuk memasukkan pekeliling berkaitan di laman web kementerian.Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat berkata, rakyat yang mahu menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kerajaan perlu akur kepada peraturan yang ditetapkan.“Panduan termasuk cara berpakaian di sekolah secara umumnya sudah mengambil kira agama dan kepentingan pelbagai kaum.“Dalam hal ini, jika ada ibu bapa tidak berpuas hati, ia boleh diselesaikan antara pihak terbabit dan tidak perlu hingga sampai ke mahkamah,” katanya.Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, larangan memakai serban yang dibuat pihak sekolah mempunyai alasan kukuh.Katanya, ibu bapa juga perlu melihat sesuatu garis panduan dan peraturan sebenarnya bertujuan mendisiplinkan pelajar.“Semua pihak perlu faham sekolah lebih kepada peraturan dan garis panduan,” katanya.
sumber berita harian

perkara yang seharusnya berlaku dalam negara islam had hari....
posted by alQuswa @ 6:57 PM   0 comments
Tuesday, July 11, 2006
Senjata orang mukmin
Ya Allah,
kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku,
kurangnya kesanggupan dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia...
Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Engkaulah pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku !
Kepada siapakah diriku hendak Engkau serahkan?
Kepada orang yang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku?
Asalkan Engkau tidak murka kepadaku semuanya itu tak kuhiraukan karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku!
Aku berlindung pada Sinar Cahaya wajah-Mu,
yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan akhirat dari murka-Mu yang hendak Engkau limpahkan kepadaku.....,
Hanya Engkau-lah yang berhak menegur dan mempersalahkan diriku hingga Engkau berkenan menurut kehendak-Mu. Sungguh tiada daya dan kekuatan apapun selain atas perkenan-Mu."
Amin...
posted by alQuswa @ 5:41 PM   0 comments
Tuesday, July 04, 2006
PESANAN TUAN GURU
PESANAN TUAN GURU
Pra Syarat Sebagai Perawat
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
i.
Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii.
Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii.
Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv.
Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v.
Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi.
Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.
2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.
3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.
4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.
Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.
5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan.
10 Perinsip Asas Rawatan Islam
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul). ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya. iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.
Pengijazahan
Ini adalah intipati daripada ucapan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada majlis Pengijazahan Pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' kumpulan ke-17.
1. Kita semua manusia biasa yang serba kekurangan, kesempurnaan hanya milik Allah SWT, Tuan Guru mempunyai kekurangan begitu juga anak murid mempunyai kekurangan masing-masing. Justeru itu sebagai rakan seperguruan hendaklah saling tampung menampung kelemahan dan kekurangan rakan seperguruan yang lain. Kelemahan rakan jangan sekali-kali dibongkar atau dibesar-besarkan. Kalau rakan tersilap memberi ubat atau rawatan hendaklah kita cuba menutup kesilapan itu dihadapan pesakit dengan cara yang hikmah, jangan sampai mengaibkan rakan.
2. Berlajar ilmu pengubatan perlu mendapatkan ijazah dari guru kerana itu adalah warisan yang diterima oleh Tuan Guru daripada semua gurunya termasuk daripada ayahandanya sendiri. Sebagai mengambil contoh Imam As-Shafie juga ketika berguru dengan Imam Waqi' mendapatkan ijazah daripada gurunya setelah tamat belajar. Ketika Imam As-Shafie belajar dengan Imam Malik, dia tidak dibenarkan memberi fatwa oleh Imam Malik sehingga ia diijazahkan. Justeru itu kesimpulannya tidak cukuplah belajar ilmu pengubatan hanya dengan membaca buku sahaja.

posted by alQuswa @ 2:39 PM   0 comments
"Dan Kami (Allah) turunkan al-Quran ....."
"Dan Kami (Allah) turunkan al-Quran suatu yg menjadi penawar dan rahmat bagi org2 yg beriman dan al-Quran itu tidak menambah kpd org2 yg zalim selain kerugian" (surah al-Israa';82)
Sesiapa yg berminat nak lawat laman web darussyifa' kat bawah ni ada link dia.
ni Gambar Tuan Guru...
posted by alQuswa @ 2:04 PM   0 comments
Sunday, July 02, 2006
alhamdulillah...
terima kasih buat cikgu madi...:)
Tak terfikir pun nak ada blog sendiri selama ni. Bukan apa malas nak mengadap PC. tapi bagus juga boleh belajr benda baru. tak delah macam katak bawah tempurung..skurag2nya bolehlah kongsi sesuatu. ye dok?? ni tak tahu banyak lagi..
posted by alQuswa @ 1:53 PM   0 comments

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1