Saturday, August 12, 2006 |
|
Bukan puisi dapat ku nukil buatmu atau warkah dapat ku layah padamu isi kalbu ku sedalam lautan biru... setinggi gunung menyapa mega... lisan ku mati lantaran kelu... benar, zaman berlari dihambat waktu tetapi, manhaj inikan kekal satu.. denai ke syurgakan tetap satu dan di akhir persimpangan itu, kitakan bubar ke destinasi sendiri tidakku tahu destinasi kau dan aku.. ke neraka yang menyiksa sang lalai derhaka? Atau ke syurga merehatkan si kuat kerja? kau pilihlah sendiri-kerna kau adalah kau dan aku tetap aku..
Di medan ini kita ditarbiyyah, adakalanya jalannya dipenuhi dgn pelbagai fitnah lantaran maksiat merajai hati. Lapangan yang kita berada ini tidak menjanjikan situasi yg lebih baik di akirat jika didada ini penuh dgn perkara yg sia2..na uzubullah.... kita di sini mencari jalan Allah, jalan yg membawa keredhaanNya, namun ada yg tercicir, ada yg tertewas. Kita ingin menyandang gelaran nasrullah ataupun junduLlah dan Allah adalah matlamat utama, mati dibawah naungan syahid, tapi.... masih menyintai dunia, bersekutu dengannya... Dunia akan menghambat org yg mencarinya, lalu jatuhlah ia ke dlm lorong kegelapan yg tak berpenghujung melainkan ada sinar hudaLlah..
jika salah seorg terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ianya akan menghijab dirinya dari kebenaran. hatinya dibiarkan angguk pd kesesatan, Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya... akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya.. sebab hatinya dah gelap, tak nampak lagi cahaya Allah.. sebagai balasan Allah membiarkanya terus dalam kesesatan dgn tidak memancarkan hidayahNya ke hati2 mereka..... Na uzubillah....
Ya Allah jauhkanlah kami dari kelalaian... Ya Allah jauhkanlah kami dari kelalaian...
Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna; saya telah katakan dan masih mengatakan dlm setiap muhasabah, sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dikalahkan kerana sedikit bilangan kamu, bukan juga kerana lemahnya peralatan kamu dan juga ramainya musuh kamu, bukan kerana penguasaan musuh2 terhadap kamu. walaupun penduduk muka bumi ini semua berkumpul mereka tidak berupaya untuk mengenakan kamu kecuali dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah ke atas kamu. Akan tetapi kamu kalah dengan sebenar2nya dan hilang setiap perkara yang menyumbangkan kpd kemenangan dan kejayaan dengan beberapa sebab iaitu; apabila rosak segala hati kamu dan Allah tidak membaiki amalan kamu atau apabila kamu tidak bersatu dan berlainan pendapat. Adapun sekiranya kamu masih bersikap seperti hati seorang lelaki yang mengarah kpd Allah Tabaraka wa Ta’ala, mengambil untuk jalan ketaatan terhadapnya semua yang diredhai oleh Allah, maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesungguhnya kamulah yg tinggi serta Allah besama kamu- Allah subhanahu wa ta’ala sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan kamu... |
posted by alQuswa @ 1:48 PM  |
|
|
|
|