Tuesday, November 28, 2006
Adakah memudaratkan iaitu berbahaya jikalau kamu melihat bulan pada malam purnama?
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya orang ramai telah bertanya Rasulullah s.a.w dengan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kami dapat melihat Tuhan kami pada Hari Kiamat? Lalu Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Adakah memudaratkan iaitu berbahaya jikalau kamu melihat bulan pada malam purnama? Mereka pun menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bertanya lagi kepada mereka: Adakah berbahaya jikalau kamu melihat matahari yang tidak dilindungi awan? Mereka menjawab: Tidak, wahai Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Begitulah juga kamu akan melihat-Nya, Allah s.w.t akan menghimpunkan seluruh manusia pada Hari Kiamat dan berkata kepada mereka bermaksud: Sesiapa yang menyembah sesuatu benda, maka ikutilah benda tersebut. Bagi orang yang menyembah matahari, mereka akan mengikut matahari tersebut. Bagi orang yang menyembah bulan maka mereka akan mengikuti bulan tersebut. Manakala orang yang menyembah taghut, maka mereka akan mengikuti taghutnya itu. Jadi tinggal lagi umat ini iaitu umat yang percaya kepada Allah termasuklah orang-orang munafik yang tetap dengan kemunafikan mereka. Lalu Allah mendatangi mereka dengan bukan gambaran-Nya yang sebenarnya di mana gambaran tersebut mereka kenal dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhanmu. Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah daripada engkau iaitu gambaran tersebut, beginilah pendirian kami sehingga Tuhan kami benar-benar datang kepada kami kerana kami mengenali-Nya. Lalu Allah mendatangi mereka dengan gambaran-Nya yang sebenarnya sebagaimana yang mereka kenali dan berfirman kepada mereka: Akulah Tuhan kamu. Mereka pun menjawab: Engkaulah Tuhanku. Mereka pun mengikut-Nya. Kemudian Allah merentangkan kepada mereka suatu titian yang merentangi Neraka. Maka aku bersama umatku adalah orang pertama yang menyeberanginya. pada hari itu tiada seorangpun yang dapat berbicara kecuali para Rasul. Para Rasul berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Selamatkanlah, selamatkanlah. Di dalam Neraka terdapat sejenis besi berkait seperti duri Saadan iaitu nama tumbuhan yang berduri besar, adakah kamu pernah melihat duri Saadan? Mereka pun menjawab: Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya ia seperti duri Saadan yang tidak diketahui sebesar manakah bentuknya kecuali Allah. Ianya menggait manusia bersama amalan mereka. Tinggallah orang-orang mukmin bersama amalannya yang berjaya melintasi Neraka. Setelah Allah menetapkan hukuman di antara para hamba dan hendak mengeluarkan mereka dengan rahmatNya maka Dia akan memerintahkan para malaikat agar mengeluarkan mereka dari Neraka tersebut. Manakala Orang yang tidak menyekutukan-Nya dan Dia menghendakinya maka mereka dikeluarkan dari sana dengan rahmat-Nya, begitu juga bagi orang yang berkata لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ sesungguhnya para Malaikat mengenali mereka semasa dalam Neraka melalui kesan sujud. Api Neraka akan memakan seluruh anggota anak Adam kecuali kesan sujud. Allah telah mengharamkan api Neraka dari memakan kesan tersebut. Kemudian mereka dikeluarkan dari Neraka dalam keadaan hangus, lalu disiram dengan air kehidupan, maka pulihlah mereka sebagaimana tumbuhnya benih dalam kawasan banjir iaitu lumpur. Setelah Allah selesai dari mengadili hamba-Nya, tinggal lagi seorang lelaki yang menghadapkan wajahnya ke Neraka. Dia adalah ahli Syurga yang terakhir memasukinya. Dia berkata: Wahai Tuhanku, palingkanlah wajahku dari Neraka kerana wapnya benar-benar menampar mukaku dan nyalaannya membakarku. Dia terus memohon daripada Allah sepuas-puasnya. Kemudian Allah s.w.t berfirman: Adakah kamu akan terus meminta sekiranya Aku menunaikan permintaanmu itu? Lalu dia menjawab: Aku tidak akan meminta lagi dari-Mu perkara lain. Lalu Allah memperkenankan permohonannya itu dan memalingkan mukanya dari Neraka. Apabila dia berpaling menghadap Syurga dia terus terpegun, lalu dia memohon daripada Allah dengan berkata: Wahai Tuhanku, hampirkanlah aku kepada pintu Syurga. Maka Allah menjawab: Tidakkah engkau telah berjanji tidak akan meminta lagi perkara lain dariKu, celaka sungguh engkau wahai anak Adam. Dia pun menjawab: Tidak, demi keagungan-Mu, lalu dia berjanji lagi kepada Tuhannya. Lalu Allah mendekatkannya ke pintu Syurga. Setelah dia berdiri di ambang pintu Syurga, terbukalah pintu Syurga dengan luas untuknya, sehingga dia dapat melihat dengan jelas segala keindahan dan kesenangan yang terdapat di dalamnya. Dia terus diam terpegun untuk seketika, kemudian dia berkata lagi: Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam Syurga. Maka Allah s.w.t berfirman kepadanya: Bukankah engkau telah berjanji tidak akan meminta selain perkara yang telah Aku berikan? Celaka engkau wahai anak Adam. Lalu dia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak mahu menjadi makhluk-Mu yang paling malang. Dia terus berdoa kepada Tuhannya tanpa berputus asa sehinggalah Allah memperkenankan permintaannya lalu berfirman kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Setelah dia memasuki Syurga, Allah berfirman kepadanya: Pohonlah lagi. Maka dia terus memohon kepada Tuhannya dan dia terus meminta sehinggalah Allah mengingatkannya dengan beberapa perkara. Setelah habis permintaannya, Allah s.w.t pun berfirman: Apa yang berlaku itu merupakan kemurahanku kepadamu dan umatmu, begitu juga kepada umat lain bersama Nabi mereka
http://hadith.al-islam.com/bayan/display.asp?Lang=mal&ID=105
posted by alQuswa @ 7:51 PM   0 comments
Tak Ingat
"Hidup dibwah naungan al-Quran adlh nikmat. Nikmat yg hanya diketahui oleh sesiapa yg telah merasinya. Nikmat yg mengangkat, memberkati dan menyucikan umur. Alhamdulillah ia merupakan kurnia yg besar daripada Allah utk umat ini dapat hidup dibawah naungannya, yg mana sebelum kedatangannya hidup manusia terumbag ambing mencari jln menengkan hati.
Di dalamnya ada suatu nikmat yg mgangkat, memberkati dan mnyucikan umur. Sungguh aku telah hidup mendengar Allah Swt berbicara dgnku melalui Al-Quran ini. Aku seorang lemah tak berdaya ini.
Kehormatan yg manakah utk manusia melebihi kehormatan yg tinggi dan agung ini?
Kedudukan yg manakah bagi umur melebihi ketinggian wahyu ini?
Kemuliaan yg manakah dlm hidup melebihi kemuliaan yg dianugerahkan oleh Pencipta Yang Maha Mulia ini?
Dan aku hidup di bawah naungan Al-Quran ini, kulihat kejahiliyahan yg sedang mlanda bumi ini dari satu tempat yg tinggi, dan kecederungan2 penganutnya yg hina dina itu. Kulihat kebangggaan kaum jahiliyyah dgn apa yg ada disis mrk dari sudut pengertian, pandangan dan kecederungan anak2, sebagaimana seseorg yg sudah dewasa mlihat permainan kanak2, tingkah laku dan teka teki anak kecil yg lucu, dan aku pun heran, kenpakah manusia ini? Mengapa mrk kembali lg ke dlm lumpur, kesengsaraan dan tidak mahu mendengar seruan yg tinggi dan agung in?" Asy-syahid Quttub.
Kelemahan dan kebuntuan umat yg mlanda di segenap peringkat di sluruh dunia selepas wafatnya Nabi saw lantaran kerana melupakan al-Quran sebagai panduan hidup yg paling agung.
"Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami dan mereka berkata: Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baru?" al-israa' 98
Sedangkan pihak yg berseteru dgn islam mrujuk al-Quran utk mcari punca klemahan ummah bagi mjatuhkan islam atau mcri kekuatan bagi mrk. Dalam suatu episod pengislaman seorg gadis kristian, paderi di gereja membacakan satu ayat dari al-Quran, di mana gadis ini sedar ayat tersebut bukanlah dr kitab bible.
Ketaksuban pada hiburan yg semakin bernanah begitu merajai hati bahkan kanak2 berumur dua tahun mampu mghafal lagu anuar zain, apakah yg ingin dicorakkan oleh mak ayah zaman sekarang, apakah dgn mngajar anak2 mhafal lagu, mereka berpeluang utk mnyertai AF ataupun Mentor?

Kelalaian umat yg jauh dari lapangan panduan Allah, menjadikan kita semakin jauh dgn Allah, "Jika kamu melupakan Allah, maka Allah akan mlupakanmu"-ayat Quran.
Anak2 muda yg smakin hanyut tanpa mengira tempat di kampung, bandar, pekan dan di mana mana sahaja, menatijahkan islam hanya didokong rata2 oleh kaum yg sudah berumur (di tempat yg pernah aku singgah), namun mereka tetap mengagumkan, tetap bersemangat dalam agenda mbntuk negara islam. Aku sendiri buntu memikirkan bagaimana sekiranya golongan ini sudah tiada lagi, mghrapkan yg bakal keluar 'U', bilangannya dah la ciput. Dan sudah pastinya musuh2 Allah gembira mendengar kabar ini..
posted by alQuswa @ 4:27 PM   0 comments
Monday, November 20, 2006
Hampir dua bulan blog nih tak di updatekan, bulan syawal pun dah lepas. Entah, nak kata tak sempat, mungkin kot. Cerita adik2ku merdeka tu.. biarlah tergantung gituh. walaupn ada yg minta disambungkan.. ntum sambunglh sendiri (maaflah ana dok tahu nk tulih gapo).
Buat sahabat2 yg sama2 dh grad tuh, slmt bkerje.
Nanti ada mood ana tulih lagi.
wassalam...
posted by alQuswa @ 4:50 PM   0 comments

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1