Saturday, September 09, 2006
kita tak buat apa2....











Gaza hampir kebuluran

GAZA: Ketika dunia memberi tumpuan kepada isu di Lubnan dan Iraq, penduduk Gaza sebaliknya kini di ambang bencana kemanusiaan terutama kebuluran berikutan tindakan kejam rejim Zionis di kawasan itu lebih dua bulan lalu.
Kesengsaraan 1.5 juta penduduk Palestin yang terkurung di Gaza dan diharamkan meneruskan kegiatan ekonomi seperti berniaga, bertani dan menangkap ikan selain hidup dalam ketakutan kerana serangan kejam Israel hampir setiap hari, didedahkan akhbar perdana Britain The Independent dan akhbar Israel sendiri, Haaretz."Gaza kini dijerut. Kepungan dan sekatan ke atas wilayah Palestin itu sebegitu ketat dan kejam sehinggakan Gaza tidak ubah seperti penjara sesak. Penduduk termasuk anak kecil dan wanita yang terkurung itu kini di ambang kebuluran."Apa yang menyedihkan tragedi kemanusiaan itu tidak diendahkan kerana tumpuan dunia yang beralih ke Lubnan dan Iraq," kata akhbar itu dalam laporannya, semalam.Menurutnya, keseluruhan masyarakat Gaza sedang dimusnahkan berikutan tindakan Israel menghentikan semua bentuk perdagangan yang menjadi nadi kehidupan mereka."Israel tanpa sebarang perikemanusiaan menghalang nelayan turun ke laut. Akibatnya, ada di antara yang terpaksa mencuri keluar menangkap ikan di tepi pantai.''Bukan setakat itu, dasar ganas Israel membunuh rakyat Palestin menerusi operasi memburu penyerang, berterusan saban hari baik serangan di darat dan udara secara berterusan sejak 74 hari lalu.Akibatnya, seramai 262 orang maut dan 1,200 cedera sejak 25 Jun lalu.''Seramai 60 mangsa cedera itu pula terpaksa dipotong tangan atau kakinya kerana bedilan Israel. Selain itu, mangsa cedera itu termasuk 64 kanak-kanak dan 26 wanita,'' kata Dr Juma al-Saqa, Pengarah Hospital Shifa di Gaza.Dia turut mengakui hospital itu juga 'tenat' kerana kekurangan ubat berikutan limpahan mangsa yang memerlukan bantuan berkenaan.Hakikatnya, tarikh 25 Jun itu adalah peningkatan kempen kejam Israel selepas askarnya Gilad Shalit ditawan pejuang Palestin yang menggunakan terowong untuk keluar dari Semenanjung Gaza.''Sejak itu Israel mengganas di Gaza. Tiada perkataan dapat menggambarkannya - pembunuhan, kemusnahan, pengeboman dan bedilan secara membabi buta,'' kata wartawan Haaretz, Gideon Levy.Fuad al-Tuba, petani berusia 61 tahun yang memiliki tanah di Gaza berkata, askar Israel memusnahkan usahanya menternak lebah madu dan membunuh kambingnya."Lihatlah, hanya itu yang tinggal," katanya menuding ke arah kawasan tanahnya yang dimusnahkan jentolak dengan pokok zaitunnya yang turut musnah.Anaknya, Baher, turut diseksa apabila dia dan saudaranya dikurung tentera Israel dalam satu bilik selama lima hari."Kami meneruskan hidup dengan meminum air akuarium ikan. Kami tidak boleh keluar apalagi cuba melarikan diri kerana penembak tepat Israel ada berhampiran. Mereka menembak siapa saja yang datang, termasuk jiran kami, Fathi Abu Gumbuz yang keluar untuk mengambil air." - Agensi


posted by alQuswa @ 5:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1