Wednesday, March 21, 2007
Rasulullah S.a.w mendatangi kafilah dagang.
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung kelangit. Debu- debu yang beterbangan itu dapat dilihat dari jauh menandakan ada satu rombongan kafilah akan datang mendekati kota Makkah. Rasulullah SAW melihat gumpulan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Baginda SAW langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah SAW menunggu di pintu gerbang Kota Makkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki Kota Makkah, mereka hendak menuju ke tempat lain. Rasulullah SAW mendekati kafilah itu dan mencari pemimpin rombongan tersebut.
Setelah bertemu dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah SAW meminta izin untuk ikut serta dalam rombongan tersebut. Baginda SAW telah diizinkan. Rasulullah mulailah berdakwah kepada mereka, baginda pergi kepada setiap orang dalam rombongan dan Baginda telah menyampaikan tentang kebesaran Allah SWT dan mengajak mereka untuk menerima islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah tanpa tertinggal seorang pun, Baginda lalu memohon izin dari pemimpin rombongan untuk pulang kembali ke Makkah. Rasulullah SAW kembali ke Kota Makkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui Kota Makkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah 'Laailaahaillallah' dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.
Salam mulidurrasul..
posted by alQuswa @ 10:03 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1