Sunday, September 17, 2006
pose oh pose

posted by alQuswa @ 2:05 PM   0 comments
Saturday, September 09, 2006
kita tak buat apa2....











Gaza hampir kebuluran

GAZA: Ketika dunia memberi tumpuan kepada isu di Lubnan dan Iraq, penduduk Gaza sebaliknya kini di ambang bencana kemanusiaan terutama kebuluran berikutan tindakan kejam rejim Zionis di kawasan itu lebih dua bulan lalu.
Kesengsaraan 1.5 juta penduduk Palestin yang terkurung di Gaza dan diharamkan meneruskan kegiatan ekonomi seperti berniaga, bertani dan menangkap ikan selain hidup dalam ketakutan kerana serangan kejam Israel hampir setiap hari, didedahkan akhbar perdana Britain The Independent dan akhbar Israel sendiri, Haaretz."Gaza kini dijerut. Kepungan dan sekatan ke atas wilayah Palestin itu sebegitu ketat dan kejam sehinggakan Gaza tidak ubah seperti penjara sesak. Penduduk termasuk anak kecil dan wanita yang terkurung itu kini di ambang kebuluran."Apa yang menyedihkan tragedi kemanusiaan itu tidak diendahkan kerana tumpuan dunia yang beralih ke Lubnan dan Iraq," kata akhbar itu dalam laporannya, semalam.Menurutnya, keseluruhan masyarakat Gaza sedang dimusnahkan berikutan tindakan Israel menghentikan semua bentuk perdagangan yang menjadi nadi kehidupan mereka."Israel tanpa sebarang perikemanusiaan menghalang nelayan turun ke laut. Akibatnya, ada di antara yang terpaksa mencuri keluar menangkap ikan di tepi pantai.''Bukan setakat itu, dasar ganas Israel membunuh rakyat Palestin menerusi operasi memburu penyerang, berterusan saban hari baik serangan di darat dan udara secara berterusan sejak 74 hari lalu.Akibatnya, seramai 262 orang maut dan 1,200 cedera sejak 25 Jun lalu.''Seramai 60 mangsa cedera itu pula terpaksa dipotong tangan atau kakinya kerana bedilan Israel. Selain itu, mangsa cedera itu termasuk 64 kanak-kanak dan 26 wanita,'' kata Dr Juma al-Saqa, Pengarah Hospital Shifa di Gaza.Dia turut mengakui hospital itu juga 'tenat' kerana kekurangan ubat berikutan limpahan mangsa yang memerlukan bantuan berkenaan.Hakikatnya, tarikh 25 Jun itu adalah peningkatan kempen kejam Israel selepas askarnya Gilad Shalit ditawan pejuang Palestin yang menggunakan terowong untuk keluar dari Semenanjung Gaza.''Sejak itu Israel mengganas di Gaza. Tiada perkataan dapat menggambarkannya - pembunuhan, kemusnahan, pengeboman dan bedilan secara membabi buta,'' kata wartawan Haaretz, Gideon Levy.Fuad al-Tuba, petani berusia 61 tahun yang memiliki tanah di Gaza berkata, askar Israel memusnahkan usahanya menternak lebah madu dan membunuh kambingnya."Lihatlah, hanya itu yang tinggal," katanya menuding ke arah kawasan tanahnya yang dimusnahkan jentolak dengan pokok zaitunnya yang turut musnah.Anaknya, Baher, turut diseksa apabila dia dan saudaranya dikurung tentera Israel dalam satu bilik selama lima hari."Kami meneruskan hidup dengan meminum air akuarium ikan. Kami tidak boleh keluar apalagi cuba melarikan diri kerana penembak tepat Israel ada berhampiran. Mereka menembak siapa saja yang datang, termasuk jiran kami, Fathi Abu Gumbuz yang keluar untuk mengambil air." - Agensi


posted by alQuswa @ 5:43 PM   0 comments
Friday, September 01, 2006
























Life.Is.Perfect.In.Hijabee











ALLAH.WILL.SAVE.US.
posted by alQuswa @ 7:00 PM   0 comments
ADIK-ADIKKU MERDEKA
ALHAMDULILLAH....Genap jam 11.30 malam, bersama dua 'adik' kolejku M dan A tiba jua di lokasi tujuan kami setelah mengharungi ribuan manusia, keadaan yang penuh sesak dengan pelbagai ragam, ada yang menjerit-jerit, ada yg tersengih2 ada yg duk tengah bborak2. Mgimbas perjalanan sebentar tadi yg sukar utk tiba di destinasi ditetapkan, amat menggerunkan...ia mengingatkanku pada cerita zombi yg ditanyangkan dikaca TV beberapa tahun yg lalu, dengan warna pakaian yg sama 'hitam' (ataupun mugkin disebabkan kegelapan malam ataupun mgkin aku rabun malam tp seingat aku, tak de pun aku mghidap penyakit ni) untuk meraikan satu upacara yg sgt besar... Bagaikan telah di'remot control'kan mereka berjalan kearah satu tujuan yg sama..KLCC, terlintas dibenakku seolah2 mereka melangkah ke kubur masing2... Terasa mual otakku melihat keadaan ini, bukan aku berasa jengkil dgn mereka tp dengan 'situasi ini'. Situasi membayangkan dunia kegelapan....
Bukan sahaja warga negara yg datang bahkan yg memenuhi ruang adalah warga asing.. apakah mereka jua ingin raikan kebebasan yg dikecapi bersama, walupun bukan negara mereka? atau mgkin pandangan mereka inilah merdeka cara Malaysia jd patut disambut bersama...atau inilah peluang melihat bunga api secara percuma...dan tayangan fesyen yg juga percuma?Entahlah....
Langkah kami terasa perlahan, urat kaki mulai lenguh2 namun kami tak betah berdiri di sini, kami harus meneruskan perjalanan yg tersilap tadi, sepatutnya ke kiri tapi disebabkan aku berlagak tahu (memang sbenarnya tahu, tp dsbbksn gelap aku confius) kami telah ke kanan. Hujan renyai2 yg mulai turun meninggalkan kesan pada tudung dan beg kami, juga pada mereka yg datang, tp ia tidak mengendurkan semangat partriotisma mereka malah makin meningkat mgkn disebabkan jam menghampiri pukul 12.00 malam. Tanah yg berumput jg sudah becah, inipun tak mematahkan semangat mrk. Kami terserempak jua dgn beberapa ibu bapa yg membawa bayi mereka yg masih dikendong, anak-anak yg masih berhigus...untuk apa? untuk mengajar mereka inilah semangat patriotismakah? Inilah cara menyambut merdeka? Ya "menuntut ilmu dari buaian" inilah pepatah melayu yg mgkin mereka gunakan...
Tiba di tempat tujuan, kami terpegun sejenak, pandangan kami tertumpu ke arah pentas yang berada di hadapan, 'Ustz Akhil Hai', apa yg dibuatnya di sini? Di hadapan pentas kecil tersebut tersusun kerusi penonton yg tak berapa penuh, berbeza benar dengan 'denai' yang kami lalui sebentar tadi..penuh manusia. Lega rasnya selamat sampai di sini....
Oo... rupanya kat sini pun sambut merdeka.... terang tak gelap macam tadi. Sebentar kemudian lagu kumpulan El-suraya kedengaran tapi dalam versi suara Ustaz Akhil Hai. Kami memijakan kaki dalam Masjid As-Syakirin KLCC, beberapa orang kanak-kanak belari-lari, empat atau lima buah gerai dibuka. Teringat perut aku belum diisi lagi, tak pe..lah tak lapar lagi.
Kelihatan ramai yg berkopiah dan bertudung litup di sini. Kami melintasi dewan tempat briefing, penuh, tiada ruang untuk kami masuk. Melihat keadaan ini, alhamdulillah kesedaran masih merantai jiwa sebilangan anak muda Malaysia, di luar masih ada yg berkeliaran, mgkin tak dpt masuk. Kami mengambil tempat di luar sekadar menghilangkan lelah dan menukar udara baru didada moga semangat ini masih kental membungkus jiwa kami.
Program di masjid ini masih diteruskan mgkin sampai pukul 12.00 mlm, Ustaz Akhil masih belum letih bercelotoh diselangi nasyid dan zikir menandingi konsert diluar masjid, berharap moga ada hati yg terbuka merayakan malam ini dengan munjat pada Allah...
Seketika kemudian aku mendengar Ustaz memanggil sorg kanak2 mgkin dlm lingkungn umur 4 atau 5 tahun, ditanya "siapa nama", dijawabnya kanak2 tu "sapa-sapa" eh..pandai betul budak ni buat lawak. Ustaz tanya skali lg "nama, nama adik sapa? org panggil adik siapa?" barulah dijawabnya dgn betul. (Aku pn tak ingt namanya). Sekali lagi Ustaz mengajukan persoalan dgn mnasyidkan serangkap 'seni kata' dr nasyid "bila izrail dtg memangil" kanak2 tersebut menggilingkan kepala, Ustaz tepuk dahi.. "Lagu ni tahu?" Ustaz mynyikan melodi lagu pontianak harum sundal mlm. laju je budak tu angguk.. Kami tergelak, mgkin terhibur juga dengan gelagak kanak2 tersebut, ttapi disebalik peristiwa ni terlindung sesuatu, sesuatu yg boleh kita fikirkan dan mgambil iktibar.
Aku kemudian cuba mnyelitkan diri dalam dewan tadi, berjaya juga aku masuk...penerangan Ustaz dr Perkid masih berjalan... "MASIH ADA YG SAYANG" tema malam ini tegas ustaz beberapakali... "Faham.... Secara lembut, berhikmah dan berhemah"......"ajak mereka ke masjid, kita ada program khas utk mrk".
Tiba2 kedengaran bunyi mercun, berdetam detum...berkali-kali, membingitkan telinga. Terasa seolah - olah bedilan meriam di Palastin, cuma bezanya mereka menderita sedangkan kita seronok mndgr bunga api. Terdengar takbir diluar yg di'conduct' oleh Ustaz Akhil, lantas disambut beramai2, lalu bergegarlah masjid dengan takbir. Kami yg berada didalam juga tidak ketinggalan..
Kumpulan dibahagikan, kami memilih untuk beroperasi di KLCC...pada jam 2pagi...
JAM 4 pagi barulah kami bergerak mencari saudara-saudara seislam, mengajak mereka kembali menghargai diri dan agama kami... pada mulanya tempat yg kami lalui kosong..puas berpusing2 tiada berorang... Kemudian kami melalui tempat parkir, kosong dgn kenderaan, yg ada cuma sebuah kereta. Nun dibawh sepohon pokok terdapat sekumpulan remaja, kami mendekati mereka ada seorg gadis disitu, yg lain semua lelaki dalam 4 orang. Aku cuba bersalam dan menarik jauh gadis tersebut, rupanya ada sorg lagi perempuan, kami berkenalan dan bertanyakan umurnya, 16 tahun, ibunya mengetahui dia datang. Kami berborak dgn berhemah, mngajaknya kmbali kpd dirinya yg beragama, mata gadis ini mula berair, sedarlah kami dia tak tahu 'apa-apa', ibunya membiarkan dia 'kekosongan' masyarakat tidak membantunya. Beberapa org muslimin cuba bercakap dgn remaja lelaki yg lain, slah seorang sedang dlm keadaan luar sedar, mabuk arak sambil merapu. Dgn bercakap kasar dia memnggil dua org gadis ini. Apa yg mengesalkan kami, remaja tersebut adalah muslim fasih Melayu loght Terengganu.. Kemudian remaja lelaki ini merentap tangan gadis dihadapan kami serta menarik pinggang kawannya yg sorg lagi, lalu berlalu laju...
Setelah mrk berlalu kami mendekati bangunan I-Setan, bergelimpangan anak muda yg tidak pulang berbaring disitu..... to be continue...
posted by alQuswa @ 11:30 AM   0 comments

Firman Allah:

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian..."

Siapalah aku ini


Name: Hamba Allah
Home: Dimana bumi dipijak
About Me:
Aku insan biasa.... tak yah about2 me

Dengarlah...

IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Buatmu..jua diriku
Lain-lain
Terbang Mencari
kenali MEREKA
       Muslimat
        Muslimin
Rahsia Sekeping Hati....

CINTA ALLAH tak pernah mengecewakan.

Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan

kehidupan.

Sedarlah bahawa dalam hidup ini,

ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti

dengan penuh cinta

terhadap hamba-Nya,

cuma dirimu yang tak kenal

cinta Allah.

Pintu taubat-Nya

sentiasa terbuka luas

untuk dikunjungi.

Bertekadlah untuk

mencari cinta agung itu.  Bantulah hati agar bersinar dengan amalan sunat yang istiqomah.

Sedarilah ada rahsia

cinta Allah disebalik

amalan itu..

Paksakan diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupanmu…darah daging. Dan rasai kelainan pada suasana hatimu....

Khazinatul Asrar

 

Matamu Jadi Taruhan....



Dalam kegelapan itu,
Terbit cahaya Ilahi..
Baru kiniku sedari jalan yang aku lalui
memusnah pedoman hidup..
melempar hatiku ini
ke lembah..kehinaan



"Beramal kerana manusia adalah syirik, meninggal amal kerana manusia adalah riyak dan ikhlas adalah ubat yang akan menyelamatkan manusia daripada kedua penyakit tersebut."

    Segala keindahan itu Milik Al-Khalik

Adakah kau lupa

 

 
 
 
  •  

      Affiliates

    15n41n1