Friday, July 14, 2006 |
larangan pakai serban x perlu disensasi???? |
Larangan pakai serban tak perlu disensasi Oleh Jalal Ali Abdul Rahim KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan mewakili profesion keguruan, ibu bapa dan pelajar meminta semua pihak akur terhadap larangan memakai serban di sekolah kerana ia sudah menjadi peraturan yang mesti dipatuhi.
Pengerusi Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof Madya Mohd Ali Hassan, berkata peraturan itu sepatutnya tidak dijadikan isu kerana sekolah membuat peraturan berdasarkan garis panduan dan pekeliling kementerian.“Apa yang penting, peraturan itu tidak menyalahi agama. Sekolah tentu tidak akan membuat larangan itu jika ia diwajibkan agama dan kebenaran pelajar perempuan Islam memakai tudung ke sekolah adalah bukti perkara itu.“Bagi saya, kita perlu lihat bukan pada bentuk tetapi pengisiannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin yang memutuskan, peraturan sekolah melarang pelajar Islam memakai serban, tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama.Keputusan itu merujuk kes rayuan Meor Atiqulrahman Ishak serta dua beradik Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, memohon pengisytiharan bahawa penyingkiran mereka dari Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan, atas alasan memakai serban sembilan tahun lalu, tidak sah dan batal.Mohd Ali berkata, tiba masanya Kementerian Pelajaran memberi peringatan semula kepada pelajar dan ibu bapa supaya mematuhi garis panduan serta peraturan termasuk memasukkan pekeliling berkaitan di laman web kementerian.Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Ismail Nihat berkata, rakyat yang mahu menghantar anak mereka bersekolah di sekolah kerajaan perlu akur kepada peraturan yang ditetapkan.“Panduan termasuk cara berpakaian di sekolah secara umumnya sudah mengambil kira agama dan kepentingan pelbagai kaum.“Dalam hal ini, jika ada ibu bapa tidak berpuas hati, ia boleh diselesaikan antara pihak terbabit dan tidak perlu hingga sampai ke mahkamah,” katanya.Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, larangan memakai serban yang dibuat pihak sekolah mempunyai alasan kukuh.Katanya, ibu bapa juga perlu melihat sesuatu garis panduan dan peraturan sebenarnya bertujuan mendisiplinkan pelajar.“Semua pihak perlu faham sekolah lebih kepada peraturan dan garis panduan,” katanya. sumber berita harian
perkara yang seharusnya berlaku dalam negara islam had hari.... |
posted by alQuswa @ 6:57 PM  |
|
|
|
|