Buat diriku yang lupa
Apabila berjumpa kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka belum dibebani dosa
Apabila berjumpa orangtua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
Apabila berhadapan dengan orang 'alim, anggaplah mereka lebih mulia kerana banyak ilmu.
Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia, katakan, mungkin mereka akan bertaubat pada masa tuanya kita belum tahu akhirnya.
Berbaik sangka-Imam Al-Ghazali... ****** |